BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 9, 2011

Sakit itu pengajaran

Bermulanya hari dengan sangat baik....siap boleh bg tazkirah pagi lagi :), bace hadis sikit-buat rumusan+ bt humorous sikit,ngee...habis tue terus sambung buat keje~

kul 11 start sakit perut sikit(sakit perut bnd lainlar)....tp boleh tahan g. duk jer diam2 kat tempat duduk[baek2 =)!]sambil kipas2 muke. panas laen plak tetb hr nie,huhu...walaupun besenyer memang xpnh kene air-cornd pn tempat duduk nie, tp blh je tahan, tp nie laen plak
tetb rase nk muntah.eh!apsal selame nie klu sakit perut xpnah plak rase nk muntah. last muntah pun ntah wktu zaman ble. Terus je lari g ladies, almaklum kang terjeluok kat meja, sape plak rajin nk jd bibik tlg lap.huhu...dah lari2 nh, xjd lar plak nk muntah(selamat, muntah tue sgtla sakit perut yer sbb kt push perut untuk keluarkan isi2 dlm perut tu)
Tapi lepas kuar ladies, laen plak jd!lutut lembik terus and betul2 rase nk pengsan. jalan pun dh lebih kurang drag addicts jer, pastu xnmpk tempat laen dh kecuali SURAU!! lari masuk surau plak...oh laaaa~mmg betul2 xtahan!
baring sakit, duduk sakit, lutut dah memang lembik beno nh...nk jalan pun xlarat!xtau nk buat cmner dah, nk pengsan je rase~~
Gagahkn jugaklar kaki bangun and langkah g meja. pastu terus mintak ofismate belikan panadol. Mintak yg sungguh2 sbb dh xtahan sgt. Nak nangis cm malu lar plak,hihi...
lepas makan panadol 2 biji, terus tersungkur kat tepi meja, sakit makin sampai kemuncak nmpknyer!amaran nk muntk kuar lg skl!
pastu ape lg, terusla vomit- T_T
yang peliknyer lpas vomit terus rase sakit perut yang menggila td hilang,wah!
alhamdulillah...alhamdulillah...

Lepas dh kene sakit nie, terusla buat research sikit.....So kat bawah nie hasil research yang di buat :)

Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.

Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Seperti yang saudara katakan, apabila muntah saudara akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

Jawapan disediakan oleh: Dr Jamaludin Yusak, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC).

0 comments: