BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 15, 2011

hidup itu tadribat

Menyelusuri status-status fb rakan-rakan,
ramai yang meluahkan kesedihan hati masing-masing
merintih, merayu dan memohon kepada Allah moga dilimpahkan sedikit kekuatan..
agar mampu menongkah detik dan masa yang seterusnya,

Wahai Sahabatku fillah....
Ujian itu tanda Allah menyayangi dirimu,
seperti dalam petikan hadith ini....
“Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)”
Subhanallah!! betapa DIA sangat mendamba doa & rintihan kita.....

Duhai hati-hati yang sentiasa sabar dalam tiap ujian~
Bilamana kita merasai rasa kehambaan dalam diri, kita akan rasa layak untuk di uji supaya kita dapat mengetahui tahap keyakinan dan keteguhan iman kita sebagai hamba....
dan kita juga akan rasa begitu berdosa apabila didatangi ujian kerana apabila ada ujian yang menyinggah dalam hidup kita, perkara pertama yang kita perlu fikirkan ialah "apa salah yang telah aku lakukan sehingga didatangkan ujian sebegini rupa?"(tanya kembali pada diri bukan menunding jari pada pihak lain)...

Sungguh allah berikan ujian itu atas berbagai sebab, tapi kita tidak selayaknya bertanya mengapa kita yang didatangi ujian sebegini rupa...

sebagai metaforanya, seekor ayam yang akan disembelih oleh tuannya tidak layak untuk bertanya mengapa dia yang menjadi pilihan untuk disembelih, bukan kawan-kawannya yang lain. Begitu juga dalam kehidupan kita, bilamana Allah berikan ujian walau dalam pelbagai bentuk sekalipun...kita tidak layak untuk bertanya mengapa kita yang mendapat ujian sebegini dan sebegitu...

Allah tahu yang terbaik untuk hambanya, walau terkadang nampak begitu pahit bagi kita..tapi mungkin nanti manisnya akan terasa juga walaupun sedikit terlewat. Yakinlah wahai hati-hati, Allah itu sangat tepat dalam janjiNya....

~Moga ada kebaikan di sini dan di sana~

0 comments: