BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 25, 2012

dia yang pergi, kita bakal menyusul....

Sepintas lalu scroll down kat Home fb....

tibe-tibe terbace satu post, eh? pejam celik - pejam celik, betul ke nh...
bace lg sekali. Innalillahi wa innailaihi rajiun..... (tak setenang ni, terkejut ya amat)
sedih sekali trm berita pemergian beliau....

*************************************************************

Hmm, boleh la dikatekan agak kenal dengan arwah
sbb pernah 2,3 kali jugak ke rumahnya....

Satu ketika dulu, saya dan beberape orang rakan ke negeri tempat tinggal arwah
kerana menghadiri majlis kahwin kawan....
ketika di kenduri kebetulan terjumpa dengan isteri dan anaknya,
dan kebetulan jugak kami memang belum decide mcm mane nk ke stesen bas untuk
balik semula ke KL. Apetah lagi waktu tu baru tengah hari. tiket bas dah beli tapi
tengah malam. Mak cik offer berehat dulu di rumahnya. Setelah berfikir dengan warasnya, kami setuju.
Pergilah kami ke rumah mak cik yang agak jauh dr rumah kenduri tersebut (serba salah menerpa sebab malam nanti makcik dan suami yang perlu menghantar kami semula ke stesen bas)...

Sampai di rumah makcik, kami berehat. keletihan kerana dari pagi td smpai di stesen bus, belum sempat berehat. Tetapi mata tak mampu terlelap, walhal yang lain semua dah naik ke bulan.huhu
Saya ambik kesempatan bersembang dengan makcik. Masuk macam-macam topik la jugak. bersembang agak lame sampai nak dekat maghrib. Kemudian saya minta diri untuk bersihkan badan dan mengejutkan kawan-kawan yang lain....

Usai maghrib, makcik menyuruh kami bersiap untuk bergerak ke stesen bus. Eh, macam awal sangat je. Setelah semua sudah berada di dalam kereta, kami mula bergerak ke destinasi. Allah izin, hujan lebat malam tu. Dan secara kebetulan, wiper kereta pakcik rosak! memang wiper boleh gerak tapi tak berkesan. Jadi pakcik memandu dengan sangat berhati-hati dan makcik jd side mirror. kawan saya mula cuak. bayangkan memandu dalam keadaan hujan lebat, wiper rosak, lampu jalan yang malap dan cahaya lampu kereta yang bertentangan menyilaukan pandangan. kadang-kadang kereta terlalu ke kiri sehingga hampir masuk longkang dan kadang-kadang kereta terlampau ke kanan. waktu tu betul-betul berserah kepada Allah...

Alhamdulillah sesampai di bandar, makcik dan pakcik belanja kami makan, kemudian bawa kami ke pasaraya sebelum meninggalkan kami di stesen bus. walaupun waktu tu masih awal, tp km kesian dengan pak cik dan mak cik yang terpaksa meredah malam untuk pulang ke rumah...tinggallah kami di stesen bus menunggu.

Ketika terbace status di fb tentang pemergian pakcik, saya terus teringat tentang kebaikan pakcik yang satu ini. pakcik walaupun mungkin agak pendiam dengan kami, tetapi sangat baik. Memuliakan tetamu semampu yang boleh. Semoga Allah tempatkan pakcik bersama para solihin dan memberatkan amalan timbangan kebaikan pakcik di akhirat kelak walaupun hanya dengan pertolongan ini. Ameen

0 comments: