BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 28, 2011

Dia yang kukasih

Seorang ayah itu....
tiada yang lain yang akan digambarkan kecuali ketegasan,
mendidik dengan penuh sabar dan tekun
agar anak-anaknya mampu menjadi manusia terbilang kelak.

Seorang ayah itu....
amarahnya bukan sekadar marah,
tapi punya pengajaran yang baik,
supaya nanti anak-anaknya tidak mudah leka dengan dunia.

Seorang ayah itu,
hatinya sangat lembut kalau ditelusi...
lantaran dia adalah sang ayah,
yang menyayangi anakanda-anakandanya sedalamnya,
cuma kadang sayang itu kurang dipamerkan.

Seorang ayah itu,
wajahnya sentiasa senang dan tenang,
biar beribu beban tergalas,
kerana dia sang pemikir yang tajam.
anak dan isteri adalah anugerah dan amanah,
maka perlu dijaga sebaik mungkin,
bukan tempat membalas penat dan lelah...

Wahai tuhan yang maha mendengar,
berikan kesihatan yang baik kepada ayah,
dan kurniakan juga umur yang panjang untuknya,
agar kami anak-anaknya,
punya tempat bermanja dan mengadu kasih,
bile seisi dunia lelah melayan keletah kami...
ampunkan dosa-dosanya,
dan bahagiakan dia dunia dan akhirat....

* Sayangi mereka, kasihanilah mereka sementara mereka masih ada. Kelak kalau sudah tiada, penyesalan panjang sangat mungkin tidak berguna. Al-fatihah buat ayah kepada 3 orang adik juniorku di sekolah menengah dahulu. Adik2ku yang dikasihi, kuatkan hatimu! Allah itu maha rahsia perancangannya. Moga kalian diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda atas kesabaran kalian. Allah loves u sis :)

0 comments: