BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 31, 2011

Satu Peringatan

Berfirman Allah…

“Wahai anak Adam, kematian itu menyingkap rahsia-rahsiamu. Kiamat itu membacakan perkhabaranmu.

Azab itu akan membuka tabir penutupmu

Apabila engkau melakukan dosa, janganlah engkau melihat kepada kecilnya dosa itu tetapi lihatlah kepada siapa engkau telah lakukan dosa tersebut

Apabila engkau diberi rezeki yang sedikit, janganlah engkau melihat kepada sedikitnya, tetapi lihatlah siapa yang telah menganugerahkan rezeki tersebut.

Janganlah engkau memandang rendah dosa-dosa kecil, kerana engkau tidak mengetahui dosa manakah yang engkau telah menderhakaiNya (mengundang murkaNya)

Janganlah engkau merasa aman terhadap “tipuanKu”(istidraj). Sesungguhnya “tipuanKu” lebih tersembunyi daripada semut yang merayap di atas batu pada malam yang gelap.

Wahai anak Adam, adakah engkau melakukan maksiat kepada-Ku lalu mengingati kemurkaan-Ku?Adakah engkau berhenti daripada apa-apa yang Aku tegah ke atasmu?Adakah engkau menunaikan kewajipan kepada-Ku seperti yang Aku amanahkan kepadaMu?

Adakah engkau membantu orang miskin dengan hartamu?Adakah engkau melakukan kebaikan kepada siapa yang berbuat jahat kepadamu?

Adaka engkau memaafkan siapa yang menzalimimu?

Adakah engkau menghubungi siapa yang memutuskan hubungan denganmu?

Adakah engkau berlaku adil kepada siapa yang mengkhianatimu?Adakah engkau berbicara dengan siapa yang menjauhimu?Adakah engkau mengajar anakmu? Adakah engkau bertanya kepada ulama terhadap urusan agama dan duniamu?

Sesungguhnya Aku tidak melihat kepada rupa parasmu, dan bukan kepada keelokan kamu, tetapi Aku melihat kepada hati-hati kamu. Dan Aku meredhai perkara-perkara ini daripada kamu”.

0 comments: