BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 16, 2011

Al-Fatihah

Ya Allah...

Bilamana hati resah dan gundah, hilang upaya untuk terus berdiri,
Seluruh isi hati ini ku arahkan padaMu,
kerna Kau adalah yang paling mengerti biarpun manusia lain hanya memandang sepi
tapi Kau tetap terus mendengar, Kerna Kau penciptaku....

Dalam setiap celahan dan tadahan doaku,
Ku memohon Kau terus bekalkan aku dengan hati yang kuat,
jiwa yang penuh rasa kekerdilan dan takut kepadaMu
Kerana Kau penilai terbesar amalamku di akhirat kelak...

Duhai yang maha bijaksana

kau sebaik-baik perancang dalam kehidupan kami,
jua pemegang rahsia terbesar dalam perjalanan hidup kami,
tiap perancanganMu adalah yang tebaik
tiap yang Kau rahsiakan daripada pengetahuan Kami adalah lambang keagunganMu,
jika kau mengkehendaki begitu, maka jadilah ia
biarpun kami merencana dengan sebaik munkin...
Sungguh Maha Kuasa Engkau atas setiap susunanMu,Subhanallah!

Maka Ya allah,
kami hanyalah pinjaman yang kau pinjamkan buat ayahanda dan bonda kami,
Jika kau mengkehendaki kami kembali kepadaMu,
tiada satu makhluk pun yang mampu menahannya...
justeru jangan kau ambil nyawa kami diwaktu kami belum mampu menduduki syurgaMu
jauhi kami dari azab kuburMu dan azab api nerakaMu
Sungguh kau yang maha luas pengampunanMu,

dengarlah rintihan hambaMu ini yang serba kekurangan...
Ameen yaa Rabb

*Al-fatihah buat allayarham p.cik Mat(suami mak cik Som) yang telah kembali menghadap penciptaNya 12mlm semalam bersamaan 16 April 2011. Moga ditempatkan bersama para solihin dan mendapat sebaik-baik pengakhiran. Amin, Ya Allah ampunilah dosa2nya dan bahagiakan beliau di sisiMu.

0 comments: